Prosperity Salad or Yee Sang is
commonly eaten at the Spring Festival otherwise known as Chinese New Year. It is
a raw fish (ceviche style) salad and has been included in the banquet of the
festival because Yusheng literally means "raw fish" but since
"fish (鱼)" is commonly conflated with its
homophone (same sound but different meaning) "abundance (余)",
Yúshēng (鱼生) is interpreted as a homophone for
Yúshēng (余升) meaning an increase in abundance.
Therefore, yusheng is considered a symbol of abundance, prosperity and vigor.
Wednesday, May 30, 2012
Nasi Ayam Hainan ( 海南鸡饭 )
Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana.
Kuih Bakul ( 年糕 )
.
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.
Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling
laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul
dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao"
(年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini
berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud 'tinggi' melambangkan
erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau
ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".
Nian gao (年糕) or thnii kuih (甜棵) (loghat hokkien: tiⁿ-kóe) atau tiam kuih (甜棵) (loghat teow cheow) juga dipanggil Kuih Keranjang dalam bahasa indonesia seperti Kuih Bakul dalam bahasa melayu,
kerana ianya diisi di dalam berkas dari daun buluh atau pisang yg
dibentuk seperti 'Keranjang' atau 'Bakul'. Ianya adalah sejenis kuih
tradisional Cina yang yg melekit dan kenyal seperti dodol yang dibuat daripada tepung pulut and gula untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapore, Malaysia and Thailand.
Disebabkan keadaan kuih ini yang kenyal dan kental, ianya dapat tahan
disimpan lama sampai berbulan-bulan sekirannya disimpan atau
disejuk-beku dengan baik untuk dimakan lagi. Ianya gemar dimakan dengan
digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek. Sebagai ramuan sup, kuih
bakul dicelup dan direbus untuk pelbagai jenis sup yang menggunakan kuih
ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)