Wednesday, May 30, 2012

Kuih Bakul ( 年糕 )




.

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut  berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

Nian gao (年糕) or thnii kuih (甜棵) (loghat hokkien: tiⁿ-kóe) atau tiam kuih (甜棵) (loghat teow cheow) juga dipanggil Kuih Keranjang dalam bahasa indonesia seperti Kuih Bakul dalam bahasa melayu, kerana ianya diisi di dalam berkas dari daun buluh atau pisang yg dibentuk seperti 'Keranjang' atau 'Bakul'. Ianya adalah sejenis kuih tradisional Cina yang yg melekit dan kenyal seperti dodol yang dibuat daripada tepung pulut and gula untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapore, Malaysia and Thailand.
Disebabkan keadaan kuih ini yang kenyal dan kental, ianya dapat tahan disimpan lama sampai berbulan-bulan sekirannya disimpan atau disejuk-beku dengan baik untuk dimakan lagi. Ianya gemar dimakan dengan digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek. Sebagai ramuan sup, kuih bakul dicelup dan direbus untuk pelbagai jenis sup yang menggunakan kuih ini.

No comments:

Post a Comment